Nuftang add

Jumaat, 29 Mac 2013

Ajar diri - Apa itu Aset dan Liabiliti


Assalamulaikum dan salam sejahtera pembaca budiman sekalian…..

“An asset puts money in your pocket. A liability takes money out of your pocket.”
Rich Dad Poor Dad- Robert Kiyosaki




Tahniah! Anda mengambil keputusan yang tepat membaca artikel kali ini. Bagi yang telah mengetahuinya anggaplah ia sebagai ulang kaji manakala yang belum mengetahuinya belajar ,  fahami dan praktikkannya selepas ini. Apa yang anda buat hari ini akan mengubah masa depan anda.Artikel ini ditulis untuk meningkatkan  tahap celik kewangan anda.


Apakah Aset dan Liabiliti ?


Frasa di atas menerangkan maksudnya dengan mudah, asset ialah sesuatu yang meletakan wang masuk ke poket anda sekaligus boleh mengkayakan anda dan liabiliti  pula ialah sesuatu pekara yang boleh mengambil wang dari poket anda sekaligus boleh memiskinkan anda.


Contoh:


Aset
Anda membeli sebuah laptop baru , anda gunakan untuk membuat blog, melakukan pemasaran facebook dan memperkenalkan rakan-rakan anda berkaitan bidang bisnes anda sekarang ( Delear Public Gold).
Tidak lama selepas itu anda mendapat pulangan dari segi meluaskan pasaran anda dan mendapat pelanggan baru yang membeli emas dari anda (duit masuk poket). Beberapa bulan kemudian silent reader anda menghubungi anda untuk menjadi delear. Wow.

Liabiliti

Dengan laptop baru, anda membeli game terkini dan bermain sampai lewat pagi. Setahun kemudian laptop anda rosak dan terpaksa dibaiki (waranti dah pun tamat tidak boleh claim). Setelah bosan membaikinya akibat selalu sangat bermain game anda menjualnya pada harga yang murah.
Duit keluar dari poket anda kerana kerap membaiki laptop anda walaupun baru setahun digunakan dan akhirnya menjual kepada orang lain dengan harga yang murah kerana sakit hati.Mmmm…


Faham sekarang?

Langkah seterusnya. Buat senarai barangan yang anda telah beli dan letakkan ia pada ruangan asset atau  liabiliti. Jika keliru, ingat semula maksudnya yang ringkas. Duit masuk ialah asset ,duit keluar adalah liabiliti.
Anda pasti terkejut melihat senarai anda berjela-jela di bahagian liabiliti. Usah risau. Mula membina bahagian aset anda hari ini. Ya hari ini.


Apakah Aset anda yang  paling utama?


Minda. Minda kita... Itulah aset paling utama ada pada setiap orang. Sebelum menambah sebarang aset fizikal tambahlah dahulu aset yang ada pada diri. Carilah ilmu berkaitan bidang aset yang ingin diceburi. Ilmu itu penting untuk mengurangkan impak kerugian. Jangan sekali- kali melabur tanpa ilmu.

Menurut Azizi Ali, untuk anda perlu membaca sekurang-kurangnya 10 buah buku berkaitan ilmu yang anda ingin ketahui hanya untuk memahami pekara asas berkaitan ilmu tersebut. Contohnya , sekiranya anda berminat dengan pelaburan emas carilah 10 buku berkaitan dengan emas dan pelaburan emas.


Setelah anda baca dan fahami bidang asset yang anda ingin ceburi mulakan langkah pertama anda. Cadangan saya melaburlah dalam emas. Mulakan dengan 1 dinar dan teruskan mencari ilmu dan melabur untuk aset masa hadapan anda.


Fokus untuk menambah emas pada ruangan aset anda mulai sekarang. Kurangkan pembelian liabiliti tidak perlu. Fikir dahulu sebelum membeli.


Bagaimana? Bersemangat untuk menambah aset anda? Jom bersama-sama saya. Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian dinar anda hubungi saya sekarang. Ya sekarang. Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...