Nuftang add

Selasa, 7 Ogos 2012

Mengapa Melabur Dalam Emas?


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian…

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Haryati bt. Mohd Sarkawi kerana sudi berkongsi maklumat untuk dimuatkan dalam blog saya. Semoga beliau sentiasa diberkati selalu dan dimurahkan rezeki.Amin.

Saya memetik beberapa point penting dalam blog beliau untuk diulas mengikut gaya dan cara saya. 
Mengapa mesti melabur dalam emas?

Emas merupakan asset sebenar dan kalis inflasi

Kenaikan harga barang pada masa kini agak sukar dibendung. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pekara ini seperti  sumber dan bekalan barang , gaji pekerja , kos pengangkutan (sekadar menulis beberapa contoh) dan banyak lagi. Kita sebagai pengguna terasa beban yang perlu dihadapi.

Emas pula merupakan aset dan kalis inflasi. Apakah asset? Menurut Robert Kiyosaki dalam bukunya “Rich Dad Poor Dad” dalam bahasa yang mudah difahami asset ialah sesuatu atau apa-apa yang memasukan wang ke dalam poket anda. Maksudnya semakin lama anda menyimpan emas semakin mahal nilai emas tersebut.


Emas tidak dapat dibinasakan

Emas  memerlukan suhu yang  sangat tinggi untuk dileburkan. Oleh itu kebiasaan kita mendengar emas terselamat sekiranya berlaku kebakaran. Walaupun emas itu sedikit terjejas dari aspek warna dan bentuknya namun nilainya tetap sama. Cuba bayangkan wang kertas yang disimpan terbakar pastinya ia menjadi abu dan tidak lagi mengandungi nilai.


Emas meningkat nilai dari tahun ke tahun

Situasi  di satu petang.

 “Berapa ko meli rantei emas ya?”
“  Tiga ribu”
“  Berapa gram  rantei tok?”
“ 20 gram pia”
“  Iss..mahal juak.. masa mak meli dolok lebih kurang besar tok dua ribu  jak,”
“Bila kitak meli ?”
“2-3 tahun lepas…”

Mungkin kita biasa mendengar  atau mengalami situasi diatas. Ia berlaku pada hujung tahun 2010 apabila saya membeli rantai untuk isteri saya.

Jom kita nanggar (lihat) prestasi emas dalam masa lima tahun. 







Genie sik cayak gik? Meli sigek dinar ngan kamek pas ya simpan tangga reganya dalam masa setahun apa jadi?



Emas adalah asset mudah dicairkan


Emas mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.Jika anda tidak percaya pergilah ke kedai emas untuk menjual semula rantai atau perhiasan diri yang anda ada atau sekadar bertanya. Tauke –tauke emas berbesar hati membeli semula emas anda sekiranya anda tidak cerewet berkaitan harga kerana kebiasaannya harga yang ditawarkan antara 15% -30% lebih rendah atas alasan emas second hand.

Begitu juga sekiranya anda memerlukan cash pada kadar segera.Anda boleh mengiklankan jualan anda di Facebook atau menghubungi  dealer anda ataupun saya. Pastinya anda akan berpuas hati dengan tawaran yang diberikan. 



Emas tiada kaitan dengan saiz




 Jika dilihat melalui saiz, 1 dinar hanya sebesar duit 1 sen namun nilainya pada masa saya menulis artikel ini ia berharga RM708. Bagi 5 dinar pula ianya berharga RM3522. Cuba bayangkan anda menyimpan wang sebanyak itu didalam beg duit pastinya tidak muat….

Oleh itu emas mudah untuk dibawa kemana-mana.Maka sekiranya anda menjadi pelabur yang bijak anda seharusnya menukar simpanan anda ke dalam bentuk emas.

Ingin menukar simpanan anda ke dalam bentuk emas? SMS saya di talian 0148938770 atau pm saya di Facebook.

Saya telah bertindak anda bila lagi?

Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...