Nuftang add

Khamis, 2 Ogos 2012

Pentingnya Matlamat Dalam Pelaburan Emas.






Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca sekalian…..

Dalam apa jua pelaburan termasuk pelaburan emas , matlamat adalah kunci utama yang boleh mendekatkan dan mempercepatkan impian anda dicapai.

Matlamat ibarat peta yang menunjuk dimana kita ingin berada. Bayangkan sekiranya anda memandu tanpa matlamat (sama ada ingin pulang ke rumah atau hendak ke Bandar) pastinya anda berada ditempat yang anda sendiri tidak pasti.

Apakah pula matlamat anda?

Dalam menjadikan impian anda menjadi kenyataan ada tiga pekara yang perlu dilihat dalam proses penetapan matlamat iaitu:

  •  Tulis matlamat anda.
  • Tetapkan due date (tarikh akhir).
  • Tetapkan jumlah yang ingin diperolehi.


Tulis matlamat anda 

Tulis matlamat anda dengan terang dan jelas. Paling baik ialah letakkan dan tulis matlamat kita di tempat yang senang di akses oleh kita supaya mudah untuk kita mengingati. Manusia mudah lupa dan sentiasa perlu diingatkan.

Dengan adanya matlamat, ia mampu memastikan kita tidak tersasar dari tujuan kita. Sebagai contoh saya menyimpan matlamat untuk membeli sebuah apartment di Kota Samarahan.



Tetapkan due date (tarikh akhir)

Untuk melihat sama ada pelaburan kita menguntungkan atau sebaliknya, anda perlu menetapkan tarikh akhir. Dengan penetapan ini kita boleh melihat dengan jelas prestasi pelaburan emas anda.

Contohnnya:  Emas yang saya laburkan ini saya akan gunakan untuk membeli sebuah apartment dalam tempoh masa tiga tahun dari sekarang iaitu pada tahun 2015.



Tetapkan jumlah yang ingin diperolehi

Jumlah hasil pelaburan turut memainkan peranan dalam matlamat kita. Apabila pelaburan emas ini mencapai jumlah yang dikehendaki terpulang kepada kita untuk mengutip hasil atau mengambil keuntungan dari pelaburan emas kita.

Katakan apartment tersebut berharga RM 100 000 pada tahun 2012. Dengan menjangkakan pasaran hartanah meningkat antara 10% ke 15% setahun. Anggaran harga belian saya pada tahun 2015 ialah antara RM130 000 ke RM145 000. 

Sekiranya saya ingin membayar 10% bayaran pendahuluan saya memerlukan anggaran RM13 000 hingga RM14 500. 

Untuk menyediakan bayaran yang mencukupi pada masa tesebut saya telah pun membeli   sekeping 10 dinar dan sekeping 2 dinar yang bernilai RM8544 .

Saya menjangkakan kenaikan harga emas dalam 25% setahun. Perkiraan saya dalam tempoh masa tiga tahun saya akan mendapat RM 14 952 jika saya menjual balik emas tersebut. Secara kasarnya saya akan mendapat RM6 408. 

Sekiranya pengiraan ini tepat bolehlah saya memiliki sebuah apartment dengan bermodalkan RM8 544 untuk bayaran muka 10%.


Saya telah bertindak… anda bila lagi?


Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...