Nuftang add

Selasa, 28 Ogos 2012

Pelaburan Emas. Bagaimana nak mula?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian…

Tahniah. Anda teruja untuk membeli dan melabur emas. Semangat anda berkobar-kobar untuk membeli emas pertama anda dan memulakan pelaburan emas pertama anda.Namun hati kecil anda masih lagi bertanya satu soalan. Bagaimana nak mula?


 

Tambahkan Pengetahuan

Ilmu itu ibarat lautan yang luas. Sekiranya anda ingin mengukuhkan pengetahuan anda dalam pelaburan emas ilmu yang betul itu penting. Anda boleh mandapatkan informasi  melalui website-website emas, blog-blog emas dan forum-forum.

Hadirkan diri ke seminar-seminar emas yang dianjurkan secara percuma untuk mendapat maklumat “first hand”. Pastikan seminar-seminar yang anda pergi itu berkisar kepada pelaburan emas fizikal dan bukannnya maya (saham emas, akaun emas dan berhati-hati kepada pelaburan yang memberikan pulangan bulanan) Boleh juga anda menggunakan peluang ini untuk bertanya soalan secara terus berkaitan emas.

Membeli buku berkaitan emas dan ebook yang ditulis oleh orang yang telah lama berkecimpung dalam pelaburan dan peniagaan emas. Belajar dan terus belajar dan semakin banyak kita membaca semakin kukuh pengetahuan kita dalam sesuatu topik.

Melalui pembacaan anda ia dapat memendekkan “learning curve” anda dan sekaligus menyelamatkan anda terjebak ke pelaburan-pelaburan emas yang merugikan.

Pekara asas mengenai pelaburan emas yang perlu tahu
  •  Sejarah dan perkembangan emas
  • Perbandingan wang kertas dan emas
  • Perkaitan di antara emas , wang kertas dan sistem kapitalis
  • Keistimewaan emas
  • Sebab mengapa perlu menyimpan dalam emas 
  •  Mengapa emas meningkat nilai dalam jangkamasa panjang
  •  Teknik dan tip dalam pelaburan emas
  • Inflasi dan kesannya terhadap wang kertas dan emas.
  •  Jenis-jenis penipuan skim pelaburan emas (ah-rahnu, syarikat pelaburan maya, pelaburan yang menjanjikan pulangan bulan-bulan)



Memilih syarikat dan produk


Setelah anda berasa yakin untuk melibatkan diri dalam pelaburan emas . Anda boleh memilih sama ada ingin melabur dalam bentuk 

  • Barang kemas 
  •  Bar emas atau  jongkong
  • Dinar emas
Carilah maklumat berkaitan syarikat yang ingin dipilih dengan melawat laman web syarikat  dan cara yang paling mudah dan tepat ialah berjumpa dengan agen untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan syarikat dan cara melabur.

Jika bertanya kepada saya , pilihan saya ialah Public Gold.


Membuat research dan  selidiki pasaran.

Setelah memilih syarikat dan produk buatlah analisa pasaran dan research berkaitan emas .Sebagai contoh lihatlah pergerakan harga emas dalam masa sehari , seminggu , sebulan, setahun bahkan lima hingga 10 tahun. Dengan ini anda akan dapat pandangan keseluruhan pasaran emas.

Hal ini penting bagi mengelakkan anda terasa “rugi” kerana membeli pada harga emas yang agak tinggi walaupun emas merupakan pelaburan jangka panjang.Dengan sedikit "homework" anda pasti akan berasa lega walaupun pasaran meningkat atau merosot.


Mencari mentor

Untuk berjaya dalam  pelaburan emas , carilah mentor yang sesuai dengan “ jiwa”  anda. Carilah mentor yang boleh membimbing dan senang diakses pada masa yang amat diperlukan. Mentor yang baik ialah mentor yang sudi menolong anda menjawab pertanyaan anda dan sudi melayan kerenah positif anda. Kerenah positif ya!!

Dengan adanya mentor, ia boleh mengekalkan momentum anda terutamanya anda yang ingin bergerak secara serius dalam pelaburan emas. Terima kasih kepada mentor emas saya….

Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...