Nuftang add

Jumaat, 12 Oktober 2012

5 Tanda scam Pelaburan Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian….

Minggu  ini kita dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan berkaitan pelaburan emas. Saya sendiri pun masih mengikuti perkembangan terkini berita tersebut. Saya berharap rakan-rakan pelabur emas yang tersepit  memikirkan jalan keluar yang terbaik untuk mereka. Kepada pelabur-pelabur emas dan bakal pelabur jadikan pengalaman dan berita ini sebagai panduan buat kita semua.




Bagaimana mengenali scam pelaburan emas?

Sejak ahir-akhir ini terdapat pelbagai syarikat-syarikat emas muncul bagai cendawan dan menawarkan produk-produk emas mereka. Orang ramai adakalanya teruja untuk menyertai mereka dengan harapan boleh mengubah masa hadapan mereka ke arah kebaikan.Tapi adakah kita mengenlpasti ia benar-benar menjalankan perniagaan pelaburan emas yang sah atau sebaliknya?

Mari kita lihat beberapa ciri pelaburan scam emas ini.

Menawarkan ganjaran bulanan

Awasi  pelaburan emas yang menawarkan pulangan secara tetap secara bulanan. Ada syarikat yang menawarkan pulangan  dari 1.5%  sehingga 2.5%.Bunyinya menarik, semakin banyak anda melabur semakin besar pulangan bulanan yang anda dapat.

Bank Negara wartakan mereka sebagai pengumpul deposit HARAM yang berbunyi begini:
“Namun, sekiranmya sesuatu skim pelaburan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, aktiviti tersebut mungkin melibatkan aktiviti pengambilan wang (deposit taking) yang berada di bawah pemantaun pihak Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan mungkin menyalahi S25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak BNM di talian 1-300-885-465 atau emel ke bnmtelelink@bnm.gov.my bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai pertanyaan tersebut.” 
  
Melibatkan kontrak

Sesetengah syarikat pelaburan emas  melibatkan kontrak. Pelabur emas perlu atau terpaksa mematuhi syarat. Antaranya tidak boleh menjual emas dalam tempoh tertentu. Contohnya : pelabur perlu menyimpan selama 6 bulan sebelum boleh menjual semula emas simpanan mereka. (Di sini dapat dilihat pembeli dan pelabur tidak mempunyai kuasa mutlak untuk urusan jual beli mengikut perkiraan sendiri)

Tiada sijil ketulenan

Ada syarikat tidak mempunyai sijil ketulenan emas bagi produk emas yang ditawarkan.Pelabur emas menyatakan mereka membeli emas 999 namun tiada bukti boleh ditunjukkan berkaitan sijil ketulenan emas. Lebih teruk lagi ada yang tidak pernah melihat emas yang dibeli atas alasan keselamatan atau pelaburan semula.Sesetengah syarikat menawarkan

Jaminan pulangan wang

Jaminan kalau mengalami kerugian atau syarikat tutup, akan diberi balik 90% pelaburan. Logik ke? Sekiranya sesebuah pelaburan emas itu bermasalah sanggupkah mereka mengadap anda sekiranya telah disahkan sebagai SCAM dan semua akaun syarikat dibekukan? Mana datangnya dana untuk melindungi kerugian anda?

Too good to be true

Kebanyakkan syarikat emas scam ini  menggambarkan pelaburan emas mereka yang paling baik tida yang lebih baik dari mereka. Menjanjikan pelbagai pulangan dan insentif yang menarik kepada pelabur-pelabur emas. Terdapat beberapa keganjilan dalam urusniaga yang amat berlainan dari pelaburan emas yang lain. Sekiranya ditanya kebanyakkan pelabur yang terjerat ini mengetahuinya namun ketamakkan dan ceteknya ilmu mengaburi mata mereka.Akhirnya merugikan diri sendiri.


Sekiranya sudah terjerat bagaimana?
  1. Pastikan ketulenan emas yang anda beli. Anda boleh menguji ketulenan emas anda di bank atau di tempat yang menyediakan kemudahan pemeriksaan ketulenan.
  2.  Hubungi Bank Negara & Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan tanya tentang status company tersebut di email aduan@seccom.com.my & bnmtelelink@bnm.gov.my
  3.  Sekiranya ada ganjaran bulanan memang SAH anda terlibat SKIM Emas
  4.  Hubungi agent SKIM itu mintak balik duit anda sebelum TERLAMBAT.
  5.  Adukan kepada Bank Negara serta nama dealer SKIM emas tersebut.
Nota:Artikel ini diedit dan disesuaikan dari artikel saudara Hafizul Hakim. Untuk bacaan lanjut bolehlah ke www.publicgoldsarawak.com 

Salam dari Admin

Fadzilan Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...