Nuftang add

Sabtu, 13 Oktober 2012

Inflasi. Pekara Yang Anda Perlu Tahu


Asalammualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.............





Artikel kali ini membicarakan berkaitan inflasi. Kita  sering mengeluh kerana harga barangan semakin meningkat dari tahun ke tahun.Hujung tahun ini kakitangan kerajaan akan menerima bonus yang dijanjikan dalam pembentangan bujet 2013. Maknanya harga barangan akan naik sekali lagi.


Apakah Inflasi?

Banyak penjelasan berkaitan inflasi dan secara ringkasnya bolehlah dikatakan inflasi ialah kemerosotan kuasa beli kita sebagai pengguna.


Contohnya:  

Jika 3 tahun yang lalu anda masih boleh menikmati mee sapi pada harga RM2.50 tetapi pada hari ini mee sapi paling murah pun telah mencecah RM 3.50. Kenaikan harga 100% dalam tempoh 3 tahun.





Jika pada tahun 2010 harga sayur di pasar minggu pada kadar RM1.00 seikat. Hari ini harganya seikat RM2.00 dan kuantitinya agak kurang. Peningkatan 100%  untuk tempoh 3 tahun.



Jika anda berada di Tanjung Malim seperti saya agak sukar membeli sayur yang dijual menggunakan ikat. Hampir semua ditimbang. 

Bersyukurlah kerana anda masih berada di Sarawak(Kuching terutamanya)  kerana kos sara hidupnya agak rendah.  RM10.00 pun boleh  membeli makanan basah untuk satu keluarga sederhana besar.


Mengapa hal ini terjadi?

1#  Permintaan melebihi penawaran

Sekiranya permintaan meningkat melebihi bekalan produk mahupun barangan ,harga akan ikut naik. Juga dikenali sebagai inflasi tarikan-permintaan, ia biasanya berlaku di ekonomi bertumbuh di mana terdapat “terlalu banyak wang mengejar terlalu sikit barangan.”


2#  Peningkatan kos

Apabila harga bahan mentah naik secara selarinya kos pengeluaran pun meningkat.Pekerja pun meminta kenaikan gaji dan ini boleh dianggap sebagai reaction chains atau rantaian tindakbalas.


Inflasi Global






Inflasi di Malaysia





Kadar inflasi di Malaysia direkodkan pada kadar 1.40% pada Ogos 2012. Secara puratanya pada tahun 2005 hingga 2012, kadar inflasi di Malaysia ialah 2.7%.Kadar tertinggi dicatatkan pada Julai 2008 iaitu 8.5% dan tertendah pada kadar -2.4% pada Julai 2009.



Bagaimana mengurangkan impak inflasi?


Untuk menghindari infasi sepenuhnya adalah mustahil kerana kita setiap hari membeli barang keperluan. Namun bagaimana caranya untuk mengurangkan kesan inflasi ini? Mulalah menyimpan emas. Ya emas, kerana emas kalis inflasi.


Ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan ilmu emas? Hubungi saya sekarang.


Saya telah bermula. Anda bagaimana?

Salam dari Admin 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...