Nuftang add

Isnin, 8 Oktober 2012

Bila masa terbaik membeli emas?


Asalammualaikum dan salam sejahtera pelabur emas sekalian….



Ramai di antara pembeli emas dan pelabur emas yang baru tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk membeli emas. Pelbagai versi  yang didengari berkaitan masa terbaik membeli emas ini. Sebagai dealer saya cuma memberi galakan dan panduan kepada anda bila masa terbaik membeli emas. 

Jawapannya mudah saja belilah ketika ada duit di tangan anda.

Mengapa? 

Kita tidak akan bertemu dengan ‘perfect wave’ bila mula-mula melabur emas. Adakalanya bila harga emas rendah, kita kekurangan wang dan apabila kita mempunyai wang yang banyak harga emas pula mencacak naik.

Tiada siapa boleh mengetahui dengan tepat kenaikan dan penurunan harga emas walaupun menggunakan perisian yang canggih. Oleh itu ia digelar ramalan atau "prediction".

Jangan kecewa, ingatlah pelaburan emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Sekiranya anda seorang pelabur yang inginkan keuntungan segera dan dalam jangkamasa pendek pelaburan emas bukanlah pilihan yang sesuai. Terdapat pelbagai pelaburan lain yang menarik dan dipakejkan bersama risiko tertentu.

Cuma diingatkan pulangan yang lumayan mungkin memberikan anda risiko yang amat tinggi. Jangan sudah terkena baru anda menyesal kerana pengalaman itu amat menyakitkan.

Untuk merasai pengalaman pelaburan emas, belilah emas pertama anda walaupun sekeping dinar. Perhatikan pegerakan harga emas bagi tempoh setahun, tambahkan ilmu emas anda dan buatlah keputusan anda.

Saya telah bermula. Anda dah mula?

Salam dari Admin

Fadzilan Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...