Nuftang add

Selasa, 9 Oktober 2012

Kalau Hendak Seribu Daya..


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada bakal pelabur sekalian...........

“Sik dapat kmk meli emas tok. 1 dinar ya pun sik lepas , mahal gilak lagik pun gaji ngam-ngan jak sampei ujung bulan. Nangga jak lah dolok,”

Anda biasa mendengar statement penafian seperti  ini? Atau anda sendiri pernah melafazkan kata-kata  ini.?

Jauh di lubuk hati anda berminat benar  menyimpan emas dan memulakan pelaburan emas tapi anda belum lagi membeli dinar pertama anda. Anda terasa liat untuk membeli dengan alasan tidak mempunyai baki pendapatan bahkan lebih malang lagi tidak mempunyai simpanan. Lebih baik anda ubah sikap anda demi kepentingan masa hadapan anda sendiri dan saya berharap agar artikel ini boleh memberi  manfaat kepada anda.

Pertamanya buang ego anda jauh-jauh. Ego dalam diri anda mengakibatkan anda tidak ingin mendengar tentang apa-apa pekara yang orang lain rasa mungkin boleh membantu anda. Saya ingin membantu anda dengan ilmu yang saya ada.


Sudah membuang ego anda…mari  baca ,fahami dan praktikan.

1#  Semak penyata gaji anda

Tengok semula penyata gaji anda dan kirakan 10% dari pendapatan bulanan.Katakan pendapatan anda RM2000.00. 10% daripadanya ialah RM200 sebulan.


2#  Asing dan simpan dalam tabungan berasingan

Wang tersebut simpanlah di tabungan mahupun akaun yang berasingan. Lagi sukar untuk dikeluarkan lagi baik untuk anda. Simpanlah di  akaun tanpa kad. Lupakan wang yang anda simpan itu. Bagi yang liat menyimpan, gunakan kaedah  arahan tetap ataupun internet banking.  Bila anda tidak melihat wang tersebut kurang rasa gusar anda untuk membelanjakannya.


3# Beli emas pertama anda

Apabila simpanan anda telah mencukupi belilah emas pertama anda walaupun ia cuma satu dinar.Sekiranya anda berjaya menyimpan RM200 sebulan anda boleh memiliki emas pertama anda dalam masa empat bulan. Mudah bukan.


 Ingat…  Apabila anda mempunyai dinar walaupun sekeping anda lebih kaya dan berjaya dari hari-hari semalam.


Bagaimana kalau saya cuma boleh menyimpan RM100 sahaja? Dengan RM100 pun boleh membeli emas. Jangan beri alasan. Kalau hendak seribu daya… Fikir-fikirkan

Sudah jumpa jalan? Praktikkan…


 

Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

2 ulasan:

  1. Benar ya...selagik sik bersisiplin, gaji 5 angka pun memang sikkan cukup :)
    Jemput share ilmu di www.cikguemas.com juak :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...