Nuftang add

Rabu, 3 Oktober 2012

Emas Pelaburan Terbaik Setanding Hartanah


Asalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.





Pelaburan hartanah telah menjadi satu pelaburan yang elit sekarang. Ramai yang mengetahuinya namun tidak semua mampu untuk turut serta dalam pelaburan hartanah ini. Ada yang gembira kerana membeli di lokasi hotspot yang mengalami lonjakan harga 100%-200%. Ada yang memandang dari jauh menelan kekecewaan kerana tidak mampu membeli di kawasan hot spot atau terbeli di lokasi yang salah.

Faktor penting bagi pasaran hartanah ialah lokasi, lokasi dan lokasi. Tiada lebih dari itu. Walaupun pelaburan hartanah menjanjikan pulangan yang lumayan namun jangan dilupa setiap pekara yang baik itu ada juga kontranya.

Hari ini harga rumah semakin mahal. Di kawasan Samarahan  agak sukar untuk mencari rumah semi-D setingkat pada harga RM 250 000.Rumah teres setingkat intermediate, medium cost pun mencecah harga RM 185 000 hingga RM 195 000.

Pembelian hartanah untuk pelaburan memerlukan pengetahuan dan skill yang mantap. Memerlukan mentor yang betul dan bukannya cuba-cuba mengikut spekulasi. Modalnya pun bukan calang-calang serta tidak dilupakan jua perancangan kewangan yang kukuh dan jitu.

Mahukah anda saya mencadangkan pelaburan emas sebagai pilihan?

Walaupun ramai menyedari emas semakin mahal saban tahun namun tidak ramai menjadikannya sebagai pilihan pelaburan. Kurangnya kefahamanan berkaitan emas mendorong kepada situasi ini. INGAT emas merupakan pelaburan jangka panjang dan sederhana.

Peningkatan harga emas sebanyak 20% setahun setanding kenaikan harga rumah di kawasan hotspot. Bezanya anda boleh memiliki emas serendah 1 dinar pada masa artikel ini ditulis telah mencecah RM768. Atau pelbagai pilihan yang lain bergantung kepada tahap kemampuan kewangan anda. 

Pelaburan emas turut memberi anda kawalan sepenuhnya atas emas fizikal anda. Anda boleh menjual emas anda setelah target keuntungan anda tercapai tanpa terikat kepada terma dan syarat tertentu sebagaimana pelaburan hartanah.

Emas mempunyai pasaran yang amat  luas. Tiada siapa pun yang tidak sukakan emas. Selain di negara kita emas didagangkan serata dunia. Sumbernya yang terhad , kejatuhan dollar Amerika dan pemintaan yang tinggi antara penyumbang kepada kenaikan harga emas dunia.

Namun apa yang paling penting ialah ilmu pengetahuan. Untuk mengetahui sesuatu ilmu itu anda perlu membaca sekurang-kurangnya 1-3 buah buku untuk memahami asasnya sahaja. Walaupun anda sudah membuat pelaburan jangan malu mencari ilmu.Sekiranya tidak anda pasti akan gigit jari walaupun pelaburan tersebut ialah pelaburan yang terbaik.

Apakah pilihan anda? Sudahkah anda membuat keputusan?

Saya telah bermula. Anda pun sama?

Salam dari Admin...

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Delear
PG025782
0148938770



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...