Nuftang add

Jumaat, 5 Oktober 2012

Jenis Emas di Malaysia


Asalamualaikum dan salam sejahtera pembaca budiman sekalian,

Emas begitu sinonim dengan wanita sebagai perhiasan diri.Kepentingan emas berubah mengikut zaman. Jika dahulu emas dianggap sebagai status kehidupan seseorang namun hari ini emas dijadikan sebagai simbol kemegahan peribadi dan penampan kepada kekayaan seseorang individu.



Jika anda berjalan-jalan di kedai emas  sekitar Carpenter Street anda pastinya ada sudah biasa melihat gred-gred emas yang dijual di kedai emas tersebut. Bagi seorang pelabur adalah lebih baik menjadikan pengetahuan berkaitan jenis emas ini sebagai nilai tambah supaya mudah bagi kita membantu "potential buyer" kita.

Contoh yang mudah adakah cincin yang kita pakai mahupun isteri kita ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Apakah perbezaannya? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda.

Diharap info berikut boleh dijadikan panduan buat kita semua.

Standard Emas Malaysia

999 - 24K
950 - 23K
916 - 22K
875 - 21K
835 - 20K
750 - 18K
585 - 14K
375 - 9K




Mengapa Emas perlu di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. 

Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.


Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?

Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. 

Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. 

Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

Sumber asal : Dunia Emas

Saya telah bermula.ada bila lagi


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...