Nuftang add

Rabu, 19 September 2012

30% Penjawat Awam Tidak Mampu Memiliki Rumah





Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian…

Adakah anda seorang penjawat awam yang masih belum memiliki rumah mahupun tengah merancang untuk membelinya dalam tempoh 2-4 tahun akan datang?Anda harus memikirkan pekara ini dan menghindarkan ia belaku kepada anda.

Sebagaimana dilaporkan oleh thesundaily ,presiden Cupacs menyatakan bahawa 30% kakitangan kerajaan tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri.Kenyataannya berikutan kenaikan harga rumah yang agak mendadak di bandar-bandar besar. Peratusan penjawat awam  ini akan terus meningkat kerana harga rumah kebiasaannya meningkat sebanyak 10% hingga 20% setahun bergantung kepada lokasi.

Sebagai contoh, kawasan Kota Samarahan mengalami kenaikan harga 10% -15% setahun. Apartmen di kawasan tersebut pada awal pembukaannya masih boleh dibeli dengan harga RM65 000 hingga RM70 000 Namun pada hari ini ianya dijual sekitar RM95 000 dan ada yang dijual pada kadar RM110 000.

Sekiranya rumah teres kos sederhana  pula, pada tahun 2005 boleh dibeli pada harga RM100 000 - RM120 000 kini boleh mencecah harga RM198 800 untuk intermediate. Kenaikan purata tahunan sebanyak 10%.

Jika dilihat kakitangan awam merupakan golongan yang paling mudah untuk mendapat pinjaman perumahan.Persoalannya mengapa wujudnya peratusan yang agak tinggi? Adakah faktor lokasi yang kita ingin duduki itu terlalu mahal untuk dibeli atau faktor pengurusan kewangan yang lemah?

Adakalanya kita terfikir untuk membeli rumah selepas beberapa tahun bekerja dengan alasan kewangan agak stabil ketika itu sehingga kita lupa banyak komitment bayaran lain yang telah kita buat.

Bermulalah sekarang kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Tak kan kita hendak menyewa hingga ke hari tua kerana tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

Mulalah menyimpan emas hari ini,bermulalah dari satu dinar.Rancang masa depan anda dengan emas.Sekiranya anda ingin bertanya berkaitan pelaburan emas,membeli atau menjual emas bolehlah berhubung dengan saya.
  
Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...