Nuftang add

Sabtu, 15 September 2012

Bagaimana Mengira Harga Emas ?


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia sekalian...................

Hari ini saya berkongsi maklumat yang teringin untuk dipelajari sebelum ini, semasa mula-mula membeli dinar pertama saya.




 
Kebiasaanya kita akan merujuk ke halaman Kitco.com  untuk melihat harga emas. Disamping itu kita juga boleh melihat prestasi emas secara harian, bulanan dan tahunan. Anda juga boleh melihat harga dalam tempoh lima tahun yang lalu disamping faktor yang mempengaruhi harga emas semasa.

Kebiasaannya kita kecewa sedikit  kerana  harga yang dinyatakan didalam USD dan nilai ukuran yang digunakan ialah OZ. Ramai diantara kita mencari harga per gram dalam RM. 

Bagaimana caranya?



Berpandukan graf diatas, kita perhatikan garisan bewarna hijau bagi pasaran emas pada 12 september 2012.Pada Pukul 21:16 waktu New York  harganya mencatat USD1730.10/oz.

Bagaimana nak kira? 

              1Oz bersamaan 31.10 g

              Kita kira harga bagi segram emas dalam USD

Katakan Harga pada hari tersebut ialah: USD1730.10

                USD1730.10/31.10 g
              =USD55.63/g

Dengan merujuk kepada kadar pertukaran wang USD dan RM.
               1 USD = RM3.22

               55.63 X RM 3.22 = RM 179.19/ gram

Melalui pengiraan diatas harga bagi 1 gram emas di Malaysia ialah RM179.19


Mari kita kirakan  harga emas di Malaysia berdasarkan Harga Public Gold.



 Katakan kita mengambil harga 20gram Public Gold Bar sebagai rujukan.

 Berdasarkan harga di atas ia dijual pada harga RM3721.00

Harga segram di Public Gold ialah:

                          RM 3721.00 / 20 g = RM186.05/gram

 
Jika dibuat perbandingan harga emas Public Gold lebih malah jika dibandingkan dengan harga di Kitco.com. namun harus diingat di Kitco.com ialah harga emas bagi pengeluar emas.

Untuk lebih kefahaman anda bolehlah melakukan tutorial sendiri untuk lebih jelas berkaitan pekara ini.

Sudah mula mengira?Semoga anda lebih faham lagi.


Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...