Nuftang add

Rabu, 26 September 2012

Dinar sebagai dana kecemasan?


Asalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian..........

Apakah Dana Kecemasan?  



Ia merupakan dana yang boleh diguna pakai semasa kita benar-benar memerlukan wang untuk tujuan yang tidak dapat dielakkan. Seperti pembiayaan kos perubatan, kos pembaikan kereta dan apa juga pekara yang berlaku diluar jangka yang boleh menganggu gugat kedudukan kewangan kita.

Kebiasaannya kita disaran untuk menyediakan sejumlah dana yang bersamaan  3 bulan gaji. Contohnya: Sekiranya anda berpendapatan RM2000 sebulan. Dana kecemasan anda sekurang-kurangnya RM6000. 
Ada pendapat menyatakan sebaik-baik dana kecemasan bersamaan 12 bulan gaji anda. Iaitu bersamaan dengan RM24000.

Mengapa perlu ada dana kecemasan?

Apa yang berlaku sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan? Kita akan terfikir untuk meminjam dari keluarga terdekat, membuat pembayaran menggunakan kad kredit ,membuat pinjaman peribadi malah lebih teruk lagi meminjam dari Along. 

Ibarat kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Dengan adanya safety net ini kita dapat mengurangkan risiko kemurungan kewangan apabila ditimpa masalah.

Anda sepatutnya telah merancang untuk mengwujudkan tabungan dana kecemasan bermula dari hari pertama anda mendapat kerja.Sekiranya masih tiada anda bolehlah bermula sekarang!

Anda boleh memulakan tabungan anda serendah 5% dari simpanan anda dan ini  tidak sepatutnya termasuk 10% simpanan tetap anda.

Bagi anda yang telah mempunyai dana kecemasan mahupun belum, anda seharusnya memikirkan emas sebagai satu cabang simpanan anda. 

Mengapa dinar boleh dijadikan pilihan? 

  • Dinar terdiri dari pelbagai saiz bermula dari 1 dinar hingga 10 dinar
  • Boleh dipelbagaikan bergantung kepada keperluan masa hadapan.Contoh 1 dinar digunakan untuk kecemasan skala kecil manakala 10 dinar digunakan semasa kecemasan berskala besar.
  • Mudah untuk dicairkan,sekiranya anda mempunyai tahap urgency yang tinggi.
  • Dana kecemasan yang dinamik dan bukannya statik. Maksudnya,emas boleh menokok nilainya sendiri selari dengan masa. semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya.Jika dilihat dari aspek pulangan

(ROI) return of investment, emas boleh memberikan pulangan sekitar RM30 segram dalam jangkamasa setahun. (sumber:www.publicgoldsarawak.com)



Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...