Nuftang add

Isnin, 24 September 2012

Di Mana Kita?


 
Asalamualaikum dan salam sejahtera pelabur emas sekalian….


Hujung minggu lalu,saya surfing melihat blog-blog lama yang pernah saya buat.Saya tertarik kepada artikel ini yang mungkin ada kaitan dengan diri kita. Saya petik dari garapanminda.blogspot milik saya , di edit sedikit agar sesuai dengan blog saya sekarang .Blog garapanminda  ini akan ditutup kerana lama sangat tak diupdate.

“ Ordinary people talks about peoples,
Average people talks about things,
Great people talks about ideas...”


Saya mengambil pepatah ini setelah melihatnya pada sebuah kereta Myvi  hitam semasa menunggu lampu isyarat di persimpangan Wisma Saberkas, Kuching setahun yang lepas.Menarik bunyinya pada saya. Secara automatik saya menilai dan mencongak diri di manakah saya berada. Di mana pula anda? Adakah kita berada pada tahap yang baik ataupun sebaliknya.

Adakah kita masih berada pada kalangan orang biasa ”ordinary people” yang membicarakan tentang orang lain? Adakah kita cakap-cakap tentang seseorang tentang pekara yang baik-baik, pekara yang boleh dijadikan teladan ataupun ikutan? Ataupun kita sudah tersasar jauh dari sepatutnya sehingga mengumpat ataupun memfitnah? Harap-harap dijauhkan.

Di alam perniagaan emas ini. Adakah anda berada pada tahap pertama? Masih bercakap mengenai orang? Sering berkata sebegini….. Dia dah berjaya sebab lama dah start.  Bestnya mun aku ekot nya dolok.  

Anda  tersenyum kerana anda  bukan berada pada tahap pertama itu, harap begitu juga kepada saudara dan saudari. Saya sendiri berada pada tahap ini ketika mula-mula melihat pepatah ini. Ya saya orang sederhana yang banyak membincangkan tentang pekara sama ada yang berada disekitar kita dan jauh sedikit dari kita.Sekali-sekala bercerita tentang idea.Adakah anda telah berada ditahap kedua? Bercakap soal 'things' atau pekara. Public Gold best, jual emas dapat untung lumayan mun molah mena-mena. Genie upa bisnes emas cita lok.
.


Great people talks about ideas...”


”Great people” atau orang-orang yang hebat, hebatkah kita? Hebat di mana? Jauh di sudut hati berbisik kita , “Aku tidak hebat”. Mana mungkin , kitalah orang  yang hebat-hebat  sebenarnya. Pernahkah anda mempunyai idea , mencubanya dan berjaya? Itulah kehebatan. Walaupun kecil , hanya untuk diri sendiri namun ia telah membuktikan kita hebat.

Ya, orang yang hebat bercakap soal idea.Di mana-mana mahupun bersama siapa jua akan bercakap pasal idea. Tidak kisah sama ada ideanya ditolak atau diterima. Baginya perkongsian idea dapat menjana alternatif-alternatif penyelesaian masalah kepada idea-idea mereka. Tapi janganlah biar idea itu Cuma tinggal idea sahaja. 

Contoh idea-idea ialah genie cara kmk mok expand bises tok. Genie mok maximise profit bisnes Public gold tok?

Nilailkan diri kita di mana kita berada hari ini, saat ini dan ketika ini. Jika kita masih lagi berada di tahap yang tidak kita inginkan maka lakukan perubahan walaupun sedikit....
Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...