Nuftang add

Selasa, 25 September 2012

LASB dan emas- Pengalaman dan Pandangan Peribadi


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian…





Artikel hari ini ditulis untuk berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi saya terhadap loan ASB dan pelaburan emas.

Saya mula mengambil loan ASB ketika mula-mula menjadi guru. Setelah membuat beberapa calculation dan perbincangan dengan pegawai bank saya mengambil keputusan untuk melabur sebanyak  RM100 000 selama 20 tahun. Secara bulanannya saya perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM645.00

Setelah dua tahun saya melihat terdapat beberapa kelemahan apabila kita mengambil loan.Pertamanya dividend dan bonus yang diharapkan tidak menjadi. Saya tidak mempunyai kawalan sepenuhnya kepada loan yang saya biayai. Maksudnya kalau saya terminate loan dalam tempoh kurang tiga tahun saya akan dikenakan penalti dan wang yang disimpan mungkin ditolak untuk kos pentadbiran.

Satu pekara yang baru saya sedari ialah pada fasa pertama pembayaran, kesemua bayaran bulanan kita digunakan untuk menjelaskan faedahnya sahaja dan bukan prinsipalnya (asas loan).

Inilah pekara yang perlu dipelajari apabila anda keluar dari sekolah. Buat kesilapan dan anda perlu bayar. (make mistake and pay for it)

Pada awal tahun 2012, setelah membuat beberapa critical thinking discussion ataupun boleh digelar perbincangan meja bulat beberapa teman seperjuangan dan serious calculation saya mengambil keputusan untuk terminatekan loan ASB saya dan mula memantau harga emas.



Mengapa emas menjadi pilihan saya.


Sebelum menceburkan diri secara serius dalam pelaburan emas saya telah pun bermula kira-kira lima tahun yang lalu.Pada masa tersebut saya hanya membeli emas lelong untuk simpanan kecemasan. Ini kerana emas lelong lebih menguntungkan.

Setelah mendapati emas boleh dijadikan instrument simpanan yang baik saya mula mencari maklumat berkaitan pelaburan emas. (Pada masa tersebut saya cuma terfikir kalau perlukan dana kecemasan saya boleh pajakkan emas untuk dapatkan wang,emas saya tidak hilang kerana boleh tebus balik)

Emas pertama saya bersama Public Gold ialah Public Gold bar 20g yang dibeli pada tahun 2010 pada harga  RM3150. Sorry tiada print screen kerana ia sekadar untuk simpanan semata-mata. 

Pada tahun 2011 saya menjualnya pada harga RM3545. Ada untung dalam RM395. Pada masa ini tak tahu lagi pasal market pattern

Setelah menyedari pulangan emas agak memberangsangkan… lebih dari ASB dan saya mempunyai kawalan sepenuhnya kepada pelaburan emas. Saya mula dan terus melabur emas bersama dan kini menjadi Deler Public Gold.


 
Saya telah bermula…anda bila lagi?


Salam dari admin. 

Fadzilan bin Tomi
Public Gold Dealer
PG025782
0148938770

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...